Kingfisher @ Raja Udang @ Cekakak
Heheh, sungguh tak masuk akal kalau kata burung ni sesat kat bandar KL! Tapi itulah hakikatnya, Syaza ofismate aku yang cun-melecun tu jumpa sewaktu membeli makanan kat kedai mamak. Ramai yang tak pernah tengok burung ni, macam-macam nama diberi.. Cari punya cari kat web, rupa-rupanya burung raja udang.. Tengok paruh merah dia tu dah seram jadinya, bila dia menciap-ciap membuka paruh terjawablah persoalan bahawa burung ni tak bergigi... hehehehe
Syaza dan ofismate yang lain sibuklah carikan kotak A4 kosong dan carik-carikkan kertas terpakai untuk jadikan sangkar sementara kat ofis tu. Nampak reaksi burung tu yang ketakutan dengan bunyi yang jarang didengar. Kasar jugak suara burung ni! Macam-macam idea diberi untuk bagi minum burung ni sebab takutkan paruhnya yang agak panjang tu.. Siap cari strawlah.. Ada yang bagi biskut lah ada yang campakkan keropok lah.. kih kih kih seronok lah pulak jadinya ofis hari tu.
(picture taken on:14th Oct 2011)
Burung ni bila tengok-tengokkan balik macam tak percaya pulak. Kaki pendek, leher pendek, badan kecik, kepala besar dan berparuh panjang yang tajam meruncing. Erm, tapi itulah makhluk ciptaan Tuhan.Syaza ambil keputusan untuk bawa balik burung ni dan pelihara. Tapi tengok pada tenggoroknya dah berlubag dan berdarah. Mungkin dia terlanggar dinding kaca dan terbabas lalu jatuh ke tanah.. Kesian dia..
Akhinya dalam sehari dua dia meninggal jua.. Sedih pulak syaza dan kami rasa waktu tu!
0 ulasan:
Catat Ulasan