Acara : Genggulang 2012 (Raya Tahun Baru)
Tarikh :2 Januari 2012
Tempat : Kampung Orang Asli Tangkai Cermin
Sungai Galah 31800 Tanjung Tualang
Perak Darul Ridzuan.
Tahun ni aku agak penat sedikit sebab seminggu terakhir dalam bulan Disember aku perlu menyemak tuntutan bayaran untuk penutupan akaun 2011 sehinggakan tidur malam pun sekitar jam satu atau dua pagi. Malam sebelum balik kampung aku ada bawa sedikit borang-borang tuntutan untuk disemak. Wah tak sangka sampai jam empat pagi aku berjaya siapkan dan keesokan harinya bertolak pulang ke kampung. Agak keletihan kerana persiapan raya juga perlu dibuat dan sambutan raya kali ni agak sederhana. Apapun kami sekeluarga tetap dapat berkumpul bersama kecuali abang dan kakak ipar yang merupakan guru sekolah. Maklumlah tugasan guru bagi sesi persekolahan pertama tahun ni memerlukan komitmen yang lebih demi memastikan kelancaran dan suasana selesa bilik darjah.
Gambar-gambar raya pun aku sempat ambil sedikit dan tengok jer lah sendiri :-
Bergambar di ruang tamu rumah |
Tadien & Famili |
Gero & Famili |
Famili Umbel - tah mana si umbel masa ni |
0 ulasan:
Catat Ulasan