Gong Xi Fa Cai 23 Januari 2012 - Isnin
Kali ni aku ambil keputusan beraya ke kampung moyangku di Dengkil,Selangor. Dua tahun sudah aku ke RPS Bukit Serok,Pahang mengunjungi jiran lama sewaktu di Flat Gombak dulu.. Seronok apabila beraya ni, perut penuh dan dapat ang pau lagi.. kih kih kih
Juadah raya memang meriah cuma dua rumah sedara jer yang aku singgah, rumah Inak Ani Amat dan APO*1 Anak buahku si Ashly demam dan perlu balik segera untuk makan ubat jam 4.00 petang. Tapi sampai Gombak dah pukul 6.00 petang. Alahai Ashly maafkan Amok*2 ya.
Nota Kaki :**
APO*1 - panggilan keturunan BABA NYONYA untuk nenek
Amok*2 - panggilan makcik yang lebih tua umurnya dari emak (bahasa Orang Asli Semai Perak)
Gong Xi Fa Cai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan