? ?happy ho??Get the Code?? ?? ?????Tinkerbell Pattern? ????? ?? ???Rating: 4.4 (85 Ratings)??318 Grabs To
day. 9322 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Kunjungan MUHIBBAH

Pulau Indah ke Pulau Ketam

24 Januari 2011 Selasa -

Perkampungan Orang Asli Pulau Indah yang dahulunya dikenali sebagai Pulau Lumut merupakan satu perkampungan yang menarik untuk dilawati. Aku sendiri sudah beberapa kali menyusur jalanraya untuk ke Pelabuhan Kelang ni menikmati suasana laut dan keramahan penduduk di situ yang saban hari ke laut mencari rezeki dan golongan wanita melurut daun nipah untuk dijual kepada pembekal otak-otak.

Sepanjang berada di situ asap dari sabut kelapalah yang menemaniku kerana sang agas tak henti-henti hinggap ditubuh gempalku ini.. Kih kih kih pecah rahsia aku.. Sejak jam 9.00 pagi lagi aku dan temanku (ASLAN) dah keluar rumah dan bersarapan di belakang ISTANA BUDAYA. Isi perut penuh-penuh dengan nasi kerabu telur masin. Dan lepas tu terpacak di jeti menunggu ayah,ibu dan adik-adiknya sampai. Aku ambil keputusan untuk menjerang air dan membuat teh O panas.

Setelah jam menunjukkan 2 petang, kedengaran gurau tawa ayah ASLAN dengan penduduk di situ. A hah dah sampai dah diaorang ni, aku pun terus menghidangkan air TEH O panas yang ku simpan di dalam termos bersama-sama biskut kering. Laaa rupa-rupanya diaorang tak makan tengahari lagi. Tak pe - tak pe aku dan ASLAN pun terus ke kedai runcit di Laguna dan membeli barang basah. Hehehe malu pulak nak masak untuk diaorang ni. Apapun aku bantailah masak. Sedar tak sedar  ayam kari, ayam goreng, sup sayur kubis dengan telur ayam, sambal ikan bilis, ulam bendi, ikan masin goreng bawang dan nescafe tarik siap aku hidangkan dalam jam 4.00 petang. Nasi jek yang ASLAN masak , aku takut nak masak nasi sebab tak "LULUS" lagi...Kih kih kih..

Tiba-tiba rasa nak ronda-ronda laut nengok kapal kontena di West Port. Apa lagi Pakcik ni sudi pulak nak bawa dan huih memang seronok sangat berada di lambungan ombak laut hingga membawa aku ke Pulau Ketam. 
Memang syok melihat kemerahan lampu tanglung sepanjang berada di Pulau Ketam. Menikmati nasi goreng cina di restoran cina bersebelahan balai polis Pulau Ketam sambil bersembang. Diselang-selikan dengan letupan mercun dan percikan bunga api yang meriah.

Hah jam dah menunjukkan 8.30 malam. Kena balik cepat ni, dah gelap nanti takut tak nampak jalan balik tambahan lagi naik bot.. Lampu dah beli kira ok lah tu. Sejuk jugak sepanjang perjalanan balik tu, guruh berbunnyi ... Aku sempat berdoa dalam hati supaya tak diturunkan hujan, maklumlah berada di tengah lautan apatah lagi waktu malam.. takut jugak berlaku bencana.. Syukur, akhirnya kami selamat sampai ke Jeti Pulau Indah.

Tak sampai beberapa minit lepak jeti, hujan pun turun mencurah-curah dengan lebatnya. Seronok dengar bunyi hujan di atas zink jeti.. Eii rasa nak bermalam jer kat sini, tapi memandangkan esok kerja kami gagahkan diri untuk balik ke Gombak malam tu jugak.

0 ulasan: