Ni lah ofismate aku Syaza budak cun-melecun tu! Dia memang kreatif bila bekerja. Banyak idea bernas dan jarang-jarang sekali orang terfikir untuk buat. Kitaorang siap beli benang, riben dan jarum peniti untuk hiaskan carta seksyen ni... Curi-curi keluar waktu makan ke Ampang Park untuk jayakan Projek Menyiapkan Carta Seksyen Kewangan!
Akhirnya, setelah berjaya menyiapkan carta kitaorang berkira-kira untuk buatkan sudut aktiviti seksyen. Maka terlintaslah idea nak pilih gambar-gambar menarik dan lucu untuk ditampal di sudut aktiviti pulak. Hahaha ada ka patut letak gambar aku yang tah hapa-hapa tah! Ish ish
(picture taken on 11th Jan 2012)
Syaza ambil keputusan untuk bawa balik burung ni dan pelihara. Tapi tengok pada tenggoroknya dah berlubag dan berdarah. Mungkin dia terlanggar dinding kaca dan terbabas lalu jatuh ke tanah.. Kesian dia..
Akhinya dalam sehari dua dia meninggal jua.. Sedih pulak syaza dan kami rasa waktu tu!
Genggulang 2012
Acara : Genggulang 2012 (Raya Tahun Baru)
Bergambar di ruang tamu rumah |
Tadien & Famili |
Gero & Famili |
Famili Umbel - tah mana si umbel masa ni |
Malam JASAMU DIKENANG 2012
Solekan malam tu oleh Illa budak Sarawak yang comel. |
Aku & YAYA |
Meja 10:Antara rakan sekerjaku di seksyen kewangan |
* Aku, Shz Has & Sha * |
Gong Xi Fa Cai
Gong Xi Fa Cai 23 Januari 2012 - Isnin
Kali ni aku ambil keputusan beraya ke kampung moyangku di Dengkil,Selangor. Dua tahun sudah aku ke RPS Bukit Serok,Pahang mengunjungi jiran lama sewaktu di Flat Gombak dulu.. Seronok apabila beraya ni, perut penuh dan dapat ang pau lagi.. kih kih kih
Juadah raya memang meriah cuma dua rumah sedara jer yang aku singgah, rumah Inak Ani Amat dan APO*1 Anak buahku si Ashly demam dan perlu balik segera untuk makan ubat jam 4.00 petang. Tapi sampai Gombak dah pukul 6.00 petang. Alahai Ashly maafkan Amok*2 ya.
Nota Kaki :**
APO*1 - panggilan keturunan BABA NYONYA untuk nenek
Amok*2 - panggilan makcik yang lebih tua umurnya dari emak (bahasa Orang Asli Semai Perak)
Pulau Indah ke Pulau Ketam
Memang syok melihat kemerahan lampu tanglung sepanjang berada di Pulau Ketam. Menikmati nasi goreng cina di restoran cina bersebelahan balai polis Pulau Ketam sambil bersembang. Diselang-selikan dengan letupan mercun dan percikan bunga api yang meriah.
AKU MULAN
CADBURY HARIJADIKU - Februari 2010
- Nampak tak coklat CADBURY tu.. Memang kegemaran aku lah bab makan-makan coklat ni, sebab tu lah kulit aku sentiasa berwarna coklat, lemak dan berkrim. kih kih kih TERIMA KASIH buat 3 serangkai DK Norbaiyah, Asshari & Cik Fadzilah kerana menhingati harijadiku walaupun sedikit lewat. Al maklumlah di bahagian pembangunan ni banyak kerja yang perlu disiapkan, laporan-laporan dan data-data di samping mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri.